Sumbangan Diperlukan Untuk Gerak Kerja

Dakwah Digital

Walaupun RM10, anda boleh membantu gerakkan untuk menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Senarai Tabung


Ingin Menyumbang Secara Manual?

Kami juga menerima sumbangan secara manual menerusi internet banking, cash deposit dan sebagainya. Anda hanya perlu pilih tabung sumbangan di atas dan lengkapkan sumbangan ikhlas anda ke mana-mana akaun Tazkirah Media Global berikut:

553038584796 (Maybank) / 8602671565 (CIMB)

Kemudian hantarkan resit atau bukti sumbangan kepada info@tazkirah.net atau whatsapp 019-6655557 (Nik). Jangan lupa nyatakan tabung pilihan sumbangan anda.


"Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat."

Hadis Riwayat Bukhari

Landskap Baru Dunia Dakwah..

Dakwah adalah kerja yang mulia, ia adalah kerja para nabi dan orang yang soleh. Legasi ini sentiasa diteruskan dari zaman ke zaman. Apa yang berbeza ialah cara pendekatan dan platform yang digunakan.

Pada penghujung 2014, kami mula memanafaatkan perkembangan teknologi untuk berdakwah. Setiap hari kami menerbitkan konten-konten Islamik yang mudah dan ringan di dalam bentuk artikel, video dan grafik menerusi Tazkirah.net.

Kami tidak sesekali menerbitkan sebarang konten yang menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, contohnya menghina agama lain, politik, perpecahan mazhab dan sebagainya. Kami cuba sampaikan mesej dakwah dengan lebih harmoni kepada semua.

Alhamdulillah, 5.6 Juta Pembaca..

Alhamdulillah. Sedar tidak sedar, Tazkirah.net telah menerbitkan 858 konten dan berjaya meraih 5.6 juta pembaca dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan banyak lagi! Malah ia kian bertambah dari hari ke hari. Insyallah kesemua konten ini akan menambah nilai di dalam kehidupan mereka.

Jumlah Pembaca

6,329,735++

Jumlah Pengikut

74,043++

Jumlah Konten

1033++


Lihatlah Kesan & Impak 'Dakwah Digital' Berlaku..

Dunia sekarang, semuanya di hujung jari. Mungkin sesetengah dari kita tidak sedar bagaimana berdakwah di dalam medium baru ini boleh memberikan impak yang cukup besar. Di sini, kami kongsikan beberapa pencapaian menarik bagaimana Tazkirah.net menambah nilai di dalam kehidupan orang lain.

Macam mana ingin bertaubat..

Pada 18 Ogos 2015, kami telah menerbitkan satu artikel bertajuk "Bagaimana Caranya Solat Taubat Dengan Betul" dan alhamdulillah artikel tersebut telah menjadi viral. Sehingga saat ini, artikel ini telah dibaca oleh 490,507 orang dan makin bertambah setiap hari. Malah setiap bulan artikel ini dibaca oleh 7000++ orang!

Berdasarkan data yang kami ada, artikel ini sentiasa meraih ramai pembaca pada 3/4 malam ketika majoriti manusia lena diulit mimpi. Ada individu yang ingin berubah dan mencari informasi bagaimana mereka boleh berubah, mungkin melalui solat sunat taubat.

Alhamdulillah, mereka menemui laman web Tazkirah.net. Itulah peranan dan impak platform dakwah secara digital ini. Kita membantu orang ramai untuk menjadi lebih baik dari segenap aspek.

Cinta terhadap Rasulullah s.a.w..

Pada 9 April 2016 kami telah terbitkan satu konten di dalam bentuk perkongsian video bertajuk Pelajar Disuruh Melukis Rasulullah, Gambarannya Amat Menyentuh Hati". Video ini telah ditonton sebanyak 131,797 orang sejak dari tarikh ia dikongsikan.

Ketika seluruh dunia mengasak agama Islam dari segenap aspek, konten video pendek sebegini mampu menyuburkan kembali rasa cinta kepada insan agung yang tidak pernah kita lihat iaitu baginda Rasulullah s.a.w.

Tuhan menjanjikan pahala berkali ganda apabila kita berselawat kepada baginda. Bayangkan berapa ramai yang mula berselawat kepada baginda apabila menonton video pendek tersebut.

Ia mampu mengubah insan menjadi lebih baik! Pastinya sukarelawan di Tazkirah.net juga mendapat tempias 'saham akhirat' yang berganda-ganda dari Tuhan apabila ramai yang menonton video ini!


Ramai Yang Berterima Kasih & Mendapat Manafaat..

Alhamdulillah.... Saya baca dan kongsi setiap tazkirah kepada sahabat2 yang lain....

Hamisah Aris, Johor Bahru.

Alhamdulillah. Teruskan berkongsi ilmu & tazkirah. Sangat bermanfaat. Moga Allah berkati.

Nurul Aini Salim, Kuala Lumpur.

yeah, alhamdulillah, i love it, thank u very much .. keep going sharing ..

Miza Ning, Kuala Lumpur.

Alhamdulillah..teruskan usaha dakwah..

Ummu Hafiy, Parit Buntar.

Alhamdulillah..saya suka..terima kasih dah kongsi pd kita..

Nisa Mahsuri, Alor Setar.

Terbaik, bnyk manfaat dngn gaya penyampaian yg santai

Ikhwan Baharuddin, Bukit Mertajam.

alhamdulillah web ini dapat menambah ilmu saya dan dapat memperbaiki apa yg salah..terima kasih

Mohd Faris, Tumpat.

Suka sangat web ni banyak ilmu2 yg berguna dan bermanfaat

Zizi Romzi, Lahad Datu.

Sebuah web Islamik yang mana content adalah benar-benar Islamik, bukan bercampur aduk.

Anwar Suran, Kuantan.


"Barangsiapa yang mengajak pada petunjuk, maka ia akan mendapat pahala orang yang mengikutinya, yang demikian itu tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun."

Hadis Riwayat Muslim

Terbitkan Lebih Banyak Konten..

Ya, begitulah hasratnya. Kami ingin menerbitkan lebih banyak konten-konten Islamik dalam bentuk yang lebih mudah, ringan dan menarik.

Kami mensasarkan untuk menerbitkan 30 artikel Islamik yang ringan, mudah dan santai setiap bulan.

Kami mensasarkan untuk menerbitkan 30 video Islamik ringkas sekitar 2-3 minit setiap bulan.

Kami mensasarkan untuk menerbitkan 30 grafik informasi Islamik yang menarik setiap bulan.

Kami percaya, setiap kebaikkan yang ingin dilakukan asbab dari kita, Tuhan menjanjikan pahala yang sama rata tanpa mengurangi sedikitpun pahala mereka yang ingin melakukan kebaikkan.

Lebih Banyak Konten Yang Berkualiti, Lebih Banyak Kos Diperlukan..

Sepanjang 3 tahun ini, Tazkirah.net digerakkan oleh sekumpulan anak muda secara sukarela dan dibantu oleh 30++ orang sukarelawan lain. Mereka melaburkan masa, tenaga dan juga wang ringgit untuk memastikan kerja-kerja dakwah secara digital ini terus terlaksana. Kini sudah tiba masanya untuk kami lonjakkan misi dakwah digital ini ke aras yang lebih baik. Kami berhasrat untuk berkerjasama dengan mereka yang terbaik agar mesej dakwah yang dihasilkan juga lebih baik.

Kos untuk mendapatkan penulis, pereka grafik, penyunting video dan pelbagai tenaga kerja yang terbaik bukanlah murah. Walaupun mereka melakukan kerja secara sukarela, imbuhan perlu diberikan kerana mereka meninggalkan kerja hakiki mereka. Oleh itu, sokongan dan dukungan dari segi kewangan amatlah perlu.


Jadi Sebahagian Dari Kami.. Pilih Tabung & Salurkan Sokongan Kewangan..

Mahu tak mahu, wang adalah elemen penting di dalam menjayakan misi ini. Wang sumbangan anda akan digunakan sepenuhnya untuk menampung kos operasi ini agar kita dapat menerbitkan konten Islamik yang lebih baik. Jika mendapat sumbangan yang lebih banyak, kita boleh mendapatkan mereka yang terbaik di dalam bidang masing-masing untuk menghasilkan konten Islamik yang lebih efektif.

Alhamdulillah, syukur kepada Tuhan di atas keperihatinan anda untuk membantu platform Tazkirah.net di dalam menghasilkan konten Islamik yang mudah dan ringan untuk bacaan umum. Pihak kami menerima berapa sahaja sumbangan ikhlas pihak anda sama ada RM10, RM50, RM100 atau lebih. Sumbangan boleh disalurkan secara bulanan atau sekali sahaja. Tiada paksaan.

Terima kasih kepada sebahagian penyumbang!

TABUNG #1

Naim
+6010****959
Johor

RM2000.00

TABUNG #1

Mas Emmy
+6019****620
Kota Samarahan

RM100.00

TABUNG #1

Zuriani Ahmad
+6010****232
Batu Caves

RM100.00

TABUNG #1

Mohd Azlan
+6012****184
Kajang

RM100.00

TABUNG #1

Ida Azerin
+6019***977
Ampang

RM100.00

TABUNG #1

Juhary Bin Junie
+6013****965
Kuching

RM50.00

TABUNG #1

Siti Fairuz
+6012****301
Batu Pahat

RM50.00

TABUNG #1

Erneh Abdul Halim
+6016***404
Kota Kinabalu

RM50.00

"Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, seperti sebutir benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada tiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipat gandakan bagi siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui."

Surah Al-Baqarah ayat 261


Bantu Kami Sebarkan Info Tabung Sumbangan Ini..

Anda juga boleh menolong gerakan dakwah digital ini dengan menyampaikan maklumat info tabung sumbangan ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat anda. Mungkin dengan perkongsian anda, mereka juga boleh membantu kami.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami